Wednesday, May 14, 2008

ELEMEN 3

Kesan Permainan Tradisional Kepada Sasiah Pelajar

Permainan tradisonal merupakan salah satu khazanah warisan negara yang perlu diabdikan supaya tidak luput ditelan zaman. Antara permainan yang terkandung dalam ketegori permainan tradisional ialah permainan wau, gasing, congkak, teng-teng, dan ' toi '. Permainan tradisional ini banyak memberi kesan baik kepada golongan remaja.

Antara kesan baik tersebut ialah, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan sesama remaja. Jadi, masalah dalam golongan remaja yang sering berlaku dapat diselesaikan.

Seterusnya, daripada permainan tradisional ini, para remaja terutama golongan pelajar dapat menyemai semangat cintakan negara dalam diri mereka. Sifat ini dapat dipupuk melalui proses pencarian maklumat oleh pelajar.

Selain itu, sikap menghargai khazanah warisan bangsa dapat dipupuk. Hal ini terbukti apabila ramai pelajar yang semakin minat untuk menceburi minat dalam permainan tradisional. Juga terdapat di beberapa sekolah yang menyediakan kelab permainan tradisional yang banyak menyedarkan para pelajar akan kepentingan menghargai permainan tradisional dan sejarahnya.

Permainan tradisional ini juga dapat memupuk semangat bertolak ansur dan bertoleransi antara pemain di dalam kumpulan seperti sepak raga.
_________________________________________________

- boleh ditiru terus tetapi kalau terdapat kesalahan tatabahasa dan lain-lain adalah bukan dibawah tanggungjawab saya.

-sila baca dahulu sebelum dicopy n dprint ..

-enjoy XD

No comments: