Wednesday, May 14, 2008

ELEMEN 3

Kesan Permainan Tradisional Kepada Sasiah Pelajar

Permainan tradisonal merupakan salah satu khazanah warisan negara yang perlu diabdikan supaya tidak luput ditelan zaman. Antara permainan yang terkandung dalam ketegori permainan tradisional ialah permainan wau, gasing, congkak, teng-teng, dan ' toi '. Permainan tradisional ini banyak memberi kesan baik kepada golongan remaja.

Antara kesan baik tersebut ialah, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan sesama remaja. Jadi, masalah dalam golongan remaja yang sering berlaku dapat diselesaikan.

Seterusnya, daripada permainan tradisional ini, para remaja terutama golongan pelajar dapat menyemai semangat cintakan negara dalam diri mereka. Sifat ini dapat dipupuk melalui proses pencarian maklumat oleh pelajar.

Selain itu, sikap menghargai khazanah warisan bangsa dapat dipupuk. Hal ini terbukti apabila ramai pelajar yang semakin minat untuk menceburi minat dalam permainan tradisional. Juga terdapat di beberapa sekolah yang menyediakan kelab permainan tradisional yang banyak menyedarkan para pelajar akan kepentingan menghargai permainan tradisional dan sejarahnya.

Permainan tradisional ini juga dapat memupuk semangat bertolak ansur dan bertoleransi antara pemain di dalam kumpulan seperti sepak raga.
_________________________________________________

- boleh ditiru terus tetapi kalau terdapat kesalahan tatabahasa dan lain-lain adalah bukan dibawah tanggungjawab saya.

-sila baca dahulu sebelum dicopy n dprint ..

-enjoy XD

Saturday, May 10, 2008

ELEMEN 2

ELEMEN 2

_____________________________________________________________________

Tajuk:
Permainan Tradisional
laying-layang/wau
____________________________________________________________________
Kandungan

1
Penghargaan

2
Objektif Kajian

3
Kaedah Kajian

4
Hasil Kajian

5
Rumusan

6
Lampiran

7
Rujukan
____________________________________________________________________
Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada semua pihak berikut yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan, belum pasti tugasan ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

# Pengetua _________ yang telah memberikan kebenaran kepada saya bagi
menjalakna kajian ini.

# Guru Sejarah saya iaitu ____________ yang sentiasa memberikan
dorongan, teguran dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.

# Kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan kerjasama dan
perhatian serta bantuan yang saya perlukan bagi menyiapkan tugasan ini.

# Semua rakan sekelas saya yang sentiasa membantu dan memberikan
kerjasama yang saya perlukan terutama dalam kerja-kerja pengumpulan
maklumat.

# Semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung membantu saya
menyiapkan tugasan ini.

____________________________________________________________________
Objektif kajian

Setelah menjalakna kajian ini, saya dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional. Contohnya, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisonal, cara dimainkan dan jenis-jenis permainan

Selain itu, saya juga dapat pengalaman baru semasa mencari sumber dan bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Misalnya, saya dapat banyak meklumat dan suasana meriah apabila melawat tempat berlansungnya tempat permainan tersebut.

Jesteru, saya dapat memahami cara permainan tradisional. Saya berharap agar permainan tradisional dapat mewujudkan jati diri, kerjasama dan semangat cinta akan negara.
____________________________________________________________________
Kaedah Kajian

a) Secara berkumpulan
- Saya dan rakan-rakan berbincang dan mencari maklumat bersama-sama.

b) Melayari Internet
- Saya melayari laman web. Permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat tentang permainan tradisional wau/layang-layang.

c) Melalui pembacaan dalam buku-buku ilmiah dan majalah-majalah tentang permainan tradisional wau di perpustakaan.

____________________________________________________________________
Hasil Kajian

Nama Permainan : wau

Latar Belakang
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan "wau" dikatakan berasal dari perkatan Thailand, memandangkan negeri seperti Kelantan, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut lansung digunakan sebagai nama rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri Pantai Barat dan Selatan, negeri-negeri lain seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta jearbat Di Raja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, dan ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau", "wau", "wau" secara berirama.
____________________________________________________________________
Asal Usul

Asal usul wau atau layang-layang ini datangnya dari Thailand dan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di negeri tersebut.
____________________________________________________________________
Tujuan Dimainkan

Permainan tradisional wau ini adalah sebagai hiburan ketika masa lapang dan bagi peminat yang sukakan permainan ini.

Zaman dahulu permainan tradisonal wau dimainkan secara bermusim iaitu selepas selesai menuai padi demana ia dimainkan di tapak sawah padi yang kering.

Pada masa kini, permainan tradisional wau dimainkan bila-bila masa dan dibuat secara moden untuk menarik perhatian peminat wau. Permainan ini dimainkan bagi menarik minat pelancung secara pertunjukan kebudayaan bagi setiap tahun dan tempat khas disediakn untuk permainan ini.

____________________________________________________________________
Alat-Alat Yang Digunakan

Bagi menyediakan wau atau layang, bahan-bahan yang digunakan ialah buluh,tali,gam,kertas dan gunting. Bahan-bahan tersebut adalah keperluan asas. Sekiranya untuk mencantikkan lagi wau atau layang-layang, bahan-bahan lain seperti kertas warna serta kain yang bercorak boleh digunakan.
____________________________________________________________________
Cara Dimainkan

Pada kebiasaannya, wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.

Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

Kilauan cahaya matahari akan menambah lagi kecantikan wau yang berwarna-warni itu.
___________________________________________________________________
Teknik Pembuatan Wau Tradisional

1) Antara bahan-bahan mentah yang yang diperluakn untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam serta lain-lain keperluan membuat wau.

2) Selain itu, Kepakaran dan kemahiran adalah espek utama dalam penghasilan wau yang berkualiti

3) Terdapat petua dan pantang larang yang tertentu semasa menebang dan menyempan buluh sebelum menyediakan wau.
____________________________________________________________________
Rumusan

Wau tradisonal mempunyai kaunukannya yang tersendiri. Warisan tradissonal ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah budaya melayu dan juga sebuah negara.

Kini permainan wau mula popular dikalangan masyarakt bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan an mula memasuki peringkat antarabangsa.

Selain itu, wau atau layang-layang juga adalah lambing kebudayaan bagi masyarakat kini untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Kesimpulannya, melalui kajian ini, saya dapat mendalami serta mengetahui tentang permainan terdisional wau dari sejarahnya di masa dahulu hingga sekarang.
____________________________________________________________________
Lampiran


Carta Aliran

Buluh di pilih

Di tebang

Di raut

Di jemur

Di bentuk

Di ikat

____________________________________________________________________

Gambar2x yang berkaitan dengan wau,alatan penghasilan wau dan gambar2x wau
























Rujukan


1) Akhbar
# Nama: Berita Harian ( Didik )
# Tarikh: 17-23 Mac 2008

2) Internet
# http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/permainan-wau.html
# http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
#http://www.mygfi.net.my/mygfi/index.php3?site=default&search=kebudayaan&Lang=570&dtitle=ON&description=ON&subject=ON&keyword=ON

3) Televisyen
# Tajuk program : Majalah 3
# Tarikh dipaparkan : Sabtu ( 15 Mac 2008 )
# Rangkaian : TV3

READ THIS 1ST

-ini adalah sample kerja khusus bagi mata pelajaran Sejarah untuk tahun 2008 tingkatan 3.

-blog ini hanyalah untuk memberi sedikit sebanyak maklumat tentang bagaimana hendak membuat kerja khusus bagi mata pelajaran sejarah tingkatan 3.

-juga boleh dijadikan sebagai rujukan untuk kerja-kerja lain.

-sila jangan 'copy' n terus 'print' , mungkin terdapat kesalahan tatabahasa dan kesalahan-kesalahan lain.

-blog ini hanyalah untuk RUJUKAN sahaja

-jika anda men'copy' dan terus di'print' kemungkinan besar Jabatan Pendidikan Negeri akan menolak kerja khusus anda 'bulat-bulat'

-segala kesalahan-kesalahan yang didapati sila maklumkan kepada saya di email teman_misteri@yahoo.com

-segala penolakan atau sebarang masalah berkenaan kerja khusus anda apabila anda mendapatkan maklumat dari blog ini adalah bukan di bawah tanggungjawab saya.

-sila baca dengan teliti n enjoy XD